14 aplikasi penting untuk iPhone 5


iphone 5 malaysia
Pengguna baru iPhone 5 atau mana-mana peranti iOS? Jom tengok senarai aplikasi penting yang harus dimiliki oleh pengguna iOS.

Senarai Aplikasi Penting Untuk Pengguna iPhone 5

1. Google Maps iOS

google maps
Apple memperkenalkan Apple Maps dalam iOS 6 dan merupakan aplikasi yang sudah sedia ada bila anda membeli iPhone 5 serta iPad dan iPod baru.
Malangnya, Apple Maps hanya indah khabar dari rupa dan prestasi serta kualiti agak mengecewakan…hanya pengguna hardcore Apple sahaja yang sanggup menggunakan Apple Maps dan enggan menggunakan Google Maps disebabkan ego mereka.
Penyelesaian bagi Apple Maps yang sub-par ialah Google Maps yang lebih kemas, mudah digunakan serta mempunyai jumlah data pemetaan yang jauh lebih superior daripada Apple Maps.

2. TweetBot iOS

tweetbot for iphone
Jika anda pengguna tegar Twitter, kenalah dapatkan TweetBot samada di iPhone ataupun iPad. Merupakan aplikasi Twitter terbaik untuk pelantar iOS, mempunyai pelbagai fungsi seperti Mute user/client/hashtag, Classic RT, Push Notification, dan banyak lagi.
Kalau dah pernah guna TweetBot mesti rasa downgrade kalau cuba twitter app lain.

3. Google Chrome Browser

google chrome ios
Pelayar internet Safari pada iOS adalah…okay…cuma kalau anda perlukan sesuatu yang lebih sudah pastinya Google Chrome browser untuk iOS.
Fungsi tabbed browsing, private browsing, bookmark sync dan banyak lagi fungsi menarik.

4. McTube

mctube youtube app ios
McTube merupakan aplikasi YouTube yang lebih bagus daripada aplikasi rasmi YouTube yang dibuat oleh Google. Antaramuka yang kemas dan fungsi yang lengkap…serta boleh download video YouTube dalam SD/720p dan 1080p.

5. WhatsApp

whatsapp iphone 5
Ketika ini, terdapat banyak aplikasi chatting/IM yang berada di pasaran namun WhatsApp kekal paling popular dan rakan-rakan anda pun mesti ramai yang ada WhatsApp juga.

6. Instagram

instagram iphone 5
Instagram, masih kekal aplikasi photo sharing paling popular untuk IOS dan juga Android. Serlahkan kreativiti anda dengan merakam detik terindah menggunakan lensa kamera pada iPhone 5…cuma jangan lebih-lebih pula sampai semua benda pun nak di-instagramkan.

7. Gmail iOS

gmail for ios
Adakah anda pengguna tegar Gmail? Gmail App untuk iOS membawakan antaramuka yang canggih serta push notification untuk setiap email yang masuk ke dalam inbox anda. Juga menyokong multiple user accounts dengan mudah.

8. Find My iPhone

find my iphone
Find My iPhone merupakan aplikasi yang seharusnya terpasang pada semua peranti iOS. Ia boleh membantu anda menjejaki lokasi dimana iPhone, iPad, iPod Touch anda berada sekiranya berlaku kes kecurian atau kehilangan.

9. SnapSeed

snapseed
SnapSeed merupakan aplikasi photo editing untuk mereka yang mahukan efek professional berbanding Instagram. Anda boleh edit gambar menggunakan Snapseed dan kemudian share kepada rakan-rakan melalui Instagram.

10. Action Movie FX

action movie fx
Action Movie FX merupakan aplikasi yang boleh menambah efek ala Hollywood pada video yang dirakam pada iPhone atau iPad. Efek tersebut sangat canggih dan menyeronokkan, dan boleh guna untuk bergurau dengan rakan-rakan anda.
Action Movie FX baru dipilih oleh Apple sebagai aplikasi iOS terbaik untuk tahun 2012. Contoh video yang dibuat menggunakan Action Movie FX:

11. Instaweather

instaweather
Instaweather merupakan aplikasi cuaca yang lebih minimalis berbanding aplikasi cuaca terbina dalam iPhone yang agak…hodoh dan kuno.

12. iMedia Player

imedia player
iMedia Player merupakan pemain video pelbagai format seperti AVI/MKV/RMVB dan sebagainya untuk iOS. Tidak perlu lagi convert atau sync menggunakan iTunes kerana iMedia Player menyokong USB dan WiFi Transfer.

13. Waze

waze for iphone
Waze merupakan aplikasi navigasi yang semakin popular sejak kebelakangan ini. Anda boleh gunakan Waze untuk mencari arah atau lokasi sesebuah tempat dan mendapat maklumat trafik di kawasan berhampiran anda.

14. Facebook iOS

facebook iphone
Aplikasi rasmi Facebook untuk iOS…kini lebih laju dan kemas setelah menjadi native app berbanding HTML5 app.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...